Video yang dikongsi Janna Nick di akaun Instagram miliknya ditegur PU Syed. Dalam video yang berdurasi 1:37 minit itu, Janna melakonkan watak seolah sedang berhibur di kelab malam.
Susulan itu, PU Syed mengambil kesempatan menegur tindakan keterlaluan pelakon itu hanya di ruangan media sosialnya. Dia menyifatkan pengisian video seperti itu tidak perlu ditayangkan umum kerana bakal dapat pandangan negatif masyarakat. Ini pula respon Janna Nick.
‘Why not I pergi neraka je..’
Meskipun menyedari video ini hanyalah lakonan semata-mata, namun, ianya mengundang PU Syed untuk menegur kenyataan yang dikeluarkan pelakon wanita itu.
Video tersebut memperlihatkan lakonan Janna Nick menerima panggilan video (video call) dari kekasihnya. Situasi seolah berada di sebuah kelab dan ditangan pelakon itu memegang segelas air sirap yang diibaratkan arak.
Biarlah dengan iman bukan nafsu
PU Syed menegur tindakan dan aksi Janna Nick adalah tidak sepatutnya. Seharusnya dia sebagai pelakon perlu menunjukkan tingkah laku yang baik untuk pengikut dan peminat.
Video-video yang membawa kepada fitnah, toksah di publish kepada khalayak, anda ramai followers, jika mereka ikut, takkah membawa dosa pada diri mereka dan anda juga akan berkongsi bersama-sama dosa tersebut.
Tegur secara terbuka lebih kena, sebagai kesedaran
Rosak peminat sebab rosaknya apa yg mereka minati, di seluruh Dunia manusia di serang satu penyakit, iaitu berseronok² dgn dosa sehingga merasakan apa yg mereka lakukan itu tidak ada apa², hanya suka²
Dalam Islam ada istilah Amar Ma’ruf dan Nahiy Munkar
Tidak salah jika tegur dengan cara baik
Sementara itu, Janna Nick turut respon terhadap teguran yang dilontarkan PU Syed. Dia mengakui masih dalam proses untuk mendalami ilmu agama dan tidak salah sekiranya individu menegurnya dengan cara baik.
Janna Nick turut menegur PU Syed untuk menggunakan platform Instagram dengan cara kreatif bagi raih penonton. Bukannya menggunakan teguran keji untuk raih perhatian.