fbpx

Kes harian positif Covid-19 terus melonjak kepada 260 kes pada hari ini sekali gus menjadikan ianya angka yang tertinggi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Jun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu hanya satu kes import dan 259 kes penularan dalam negara.

Daripada 259 kes penularan tempatan, sejumlah 31 adalah mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah

Beliau turut memberi peringatan kepada orang ramai mengenai Covid-19

COVID19 telah berada dalam komuniti kita. Sila duduk di rumah jika tiada urusan penting. Jika perlu berada di luar, pastikan anda patuhi SOP dan nasihat kesihatan KKM. Ramai antara kita yang ambil mudah dan leka hingga menganggap kita telah bebas daripada wabak ini.

[fbcomments]