Sejak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020 yang lalu, kebanyakkan rakyat Malaysia dikehendaki bekerja dari rumah. Yang tak bekerja, mungkin pada masa ini mereka akan meluangkan masa bersama keluarga.
Tidak dilupakan kepada yang tinggal berseorangan di rumah. Selain mengemaskini media sosial dan bermain Tik Tok, pasti mereka bebas untuk melakukan pelbagai hal di rumah.
Namun siapa sangka, ternyata ramai juga rakyat Malaysia telah mengisi masa mereka dengan mencari istilah “COVID19” di laman Pornhub. Ini terbukti selepas sebuah statistik dikeluarkan oleh laman porno terbesar dunia ini.
Malaysia menduduki tangga pertama di Asia
Statistik bagi negara-negara yang paling banyak mencari kata kunci ini menunjukkan bahawa Malaysia berada di kedudukan no.4 di seluruh dunia.
Walau bagaimanapun, kita adalah negara dalam Asia yang mempunyai peratusan tertinggi di di dunia.