Mangsa kesembilan tragedi kepala air yang berlaku di Jeram Air Putih iaitu Muhammad Fikri kini telah ditemui. Berdasarkan sumber Harian Metro, mangsa ditemui semalam dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Kuda, Batu Pahat, hari ini.

Sumber Gambar: Harian Metro

Arwah Sudah Dianggap Sebagai Adik Sendiri

Menerusi temubual pihak Harian Metro, mereka sempat berjumpa dengan pengurus restoran dimana tempat mangsa bekerja. Beliau yang dikenali sebagai Amirul Hakim memaklumkan bahawa arwah sudah seperti adiknya sendiri, dan disebabkan itu beliau nekad untuk gerak ke Kemaman walaupun sedar beliau tidak mampu untuk berbuat apa-apa.

Namun, tidak disangka apabila sebaik saja beliau tiba di Kemaman semalam, mangsa terakhir tragedi itu berjaya ditemui. “Ia seperti kami berjanji untuk berjumpa”, ujar Amirul.

Arwah Pergi Ke Kemaman Untuk Uruskan Hal Perkahwinan

Amirul Hakim menjelaskan bahawa arwah yang dikenali sebagai Acap sepatutnya bekerja selepas cuti sempena Aidiladha selama dua hari, memberitahu untuk mahu menyambung cuti. “Dia beritahu mahu ke rumah tunangnya (Putri Balqis Izzati) di Felda Lepar Hilir 3, Pahang bagi menguruskan hal perkahwinan mereka.

“Saya tahu kejadian menimpanya pada hari ketiga apabila rakan sekampung arwah datang ke restoran memaklumkan Acap antara mangsa kepala air”, luahnya.

Katanya, kali terakhir mereka berhubung pada Sabtu menerusi WhatsApp apabila arwah meminta maaf kerana tidak dapat masuk kerja.

Kredit: Harian Metro

[fbcomments]