Personaliti televisyen yang merupakan seorang pengacara dan juga bekas pembaca berita TV3, Maria Tunku Sabri kini mengundang kecaman netizen apabila memberi nama menu yang dimasak sebagai ‘Ikan Siakap 3 Rasa Mati Tertembak Di Sempadan Malaysia-Thai’.


Tidak sensitif

Ramai yang tidak senang dengan kata-kata bekas pengacara Jalan-Jalan Cari Makan tersebut dan menyifatkan Maria tidak sensitif terhadap waris anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang ditembak di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar baru-baru ini.

Kapsyen tersebut berbunyi…

Apalah nak jadi, mati katak saja Pegawai Gerakan Am di sempadan Msia-Thai.

Bersuara lepas dikecam

Namun, nampaknya Maria dah mula bersuara tentang isu ini selepas mendapat pelbagai kecaman dan teguran dari ramai netizen.


Bagaimanapun, Maria telah menyunting kapsyen asal bagi mengelakkan dihujani dengan kecaman. Malah dia juga dilihat telah memohon maaf sekiranya niat disalah erti.

Bagaimanapun, zaman teknologi ni diharap kita semua lebih berhati-hati dan menjaga sensitiviti dalam menulis dan memuat naik hantaran di laman sosial.

[fbcomments]