Sejak kebelakangan ini, kecoh mengenai isu selebriti yang dikatakan ‘sambil menyelam minum air’ apabila mendapat kebenaran rentas negeri atas urusan kerja.
Menggulas isu tersebut, pelakon Risteena Munim sudah membuktikan bahawa dia dan suaminya Isa Khan berada di Semporna, Sabah baru-baru atas urusan kerja selepas memberikan keterangan kepada pihak polis.
Kalau permohonan merentas negeri atas urusan kerja diperketatkan, ia bukan berpunca daripada kami. Mungkin disebabkan faktor lain.
Orang tak sepatutnya fikir begitu. Ini kerana memang kami pergi atas urusan kerja. Jadi kalau perkara ini diperketatkan, saya tak rasa ia disebabkan kami kerana memang pihak polis sudah sahkan.
Malah dia turut menyatakan berasa hairan mengapa mereka dikaitkan dengan isu berkenaan.
Jika polis nak perketatkan kebenaran merentas negeri, banyak lagi faktor lain yang lebih munasabah dan penting daripada menuduh kami sebagai punca,