Nampaknya Ustaz Ebit Lew tidak lagi memandang kebelakang dan akan terus menghulurkan bantuan buat sesiapa sahaja. Segala kecaman yang dilemparkan tidak sedikit pun mematahkan usahanya.
Hulur bantuan tanpa mengira agama
Kali ini, Ustaz Ebit telah pergi ke daerah Sungkai dan memasuki daerah perkampungan demi memberikan bantuan tanpa mengira kaum ataupun agama.
“Menangis ke Sungkai Perak. Baik-baik semua masyarakat India disini. Sedih sayu sebab rumah mereka ada yang bocor berlubang teruk. Susah betul rumah mereka. Ramai juga tak pandai online untuk pohon bantuan dan lain-lain. Ada rumah tiada elektrik dan air. Ada rumah atap semua tiada zink. Dinding semua bocor. Hujan lebat anak kecil semua sejuk. Takut binatang atau apa-apa yang bahaya.”‘
Turut masuk kuil beri sumbangan
“Sempat tengok 4 kuil tadi. Jumpa sami. Beri sedikit sumbangan. Barang dapur dan sedikit duit belanja. Mereka kata kita sebuah keluarga.”