fbpx

Pada beberapa hari yang lepas, artis Malaysia iaitu Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA mendedahkan secara umum bahawa dirinya sudah terkena buatan sihir yang dipercayai dihantar oleh seseorang dalam industri hiburan sendiri. Beliau turut mengatakan bahawa si pelaku itu merupakan seseorang yang beliau kenali.

@hibglam.com.my

PENGACARA sensasi Azwan Ali atau Diva AA sebak menangis menitiskan air mata apabila mendakwa disihir oleh seseorang sehingga membuatkan dia jatuh sakit. Tergamak eh…memang dia mulut jahat, tapi janganlah sihir Video MOHAMMAD SHAHEMY AZMI #divaaa #azwanali #sihir#terbakar #artis #ensasi #sembangentertainment #hibglam

♬ Oh No No No – Music Falcon

Azwan Ali Berasa Penat Dan Tak Keruan Akibat Gangguan

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Kosmo! Online, Azwan Ali mendedahkan beliau menerima gangguan paling teruk apabila menjelang waktu lewat malam terutamanya selepas jam 3 pagi sehingga Subuh. Gangguan yang dialami turut mengakibatkan dirinya menjadi tidak tentu arah serta berasa lesu satu badan, bahkan beliau juga menegaskan jika seseorang tidak kuat dengan gangguan sebegini mereka boleh jadi gila ketika menghadapai situasi tersebut.

@hibglam.com.my

PENGACARA sensasi Azwan Ali ketika menerima rawatan alternatif Islam dengan seorang ustaz di Melaka sebelum diberitahu telah 100 peratus pulih daripada disihir #alhamdulillah #azwanalidisihir #divaaa #sihir #rawatan #islam#hibglam #artismalaysia #selebritimalaysua

♬ original sound – HIBGLAM – HIBGLAM

Azwan Ali Berubat Secara Tradisional

Terbaharu, menerusi video yang dimuat naik oleh @Hiblgam di laman TikTok, ia memaparkan Azwan Ali sedang menerima rawatan secara tradisional dan di ruqyah oleh seorang perawat Islam. Disaat ustaz tersebut menekan bahagian dada Azwan Ali sambil membaca ayat suci al-Quran, beliau kelihatan sedang menahan kesakitan dan keperitan tanpa sebarang suara keluar dari mulutnya.

Bersangka Baik, Orang Dengki Dengan Kita Tak Kira. Jaga Diri Dan Lidah Kita

Menjengah di ruangan komen TikTok @hibglam, ramai netizen yang sempat mengeluarkan kenyataan “kerana mulut badan binasa” kerana seperti yang umum tahu, kelancangan mulut Azwan Ali tiada tandingannya.

Kredit: Kosmo! Online, TikTok HIBGLAM

[fbcomments]