fbpx

Dalam diam rupa-rupanya Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan sudah kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri dengan isteri pertamanya, Ain Afini.

Perkara itu didedahkan oleh bekas isteri bagi perkahwinan keduanya iaitu Hana Azraa menerusi Instagramnya.

“Saya nak jelaskan semua benda. Serius dah tak kuasa (tahan) nak layan benda-benda ni. Tak habis-habis lagi awak semua, ya.

“Mereka tak mahu mengaku, biar saya beritahu. Saya beritahu bukan sebab saya menyibuk atau apa… serius tak.

“Tapi sebab orang asyik tuduh saya yang bukan-bukan. Ya, mereka berdua masih suami isteri.

Tambah Hana, Ain dirujuk kembali sebagai isteri selepas dua minggu dia dan Abu bernikah.

“Ain dan Abu Sufyan rujuk dua minggu selepas kami nikah. Isteri Abu Sufyan itu Ain Afini. Bukan Hana Azraa. Mohon jelas ya semua. Antara saya dan dia tidak ada apa-apa melainkan dia dan Mateen, sekian,” 

Pada April lalu Hana turut mendedahkan dia sudah diceraikan Abu. Pendedahan Hana ini susulan satu posting yang dibuat Abu di Instagram sempena ucapan hari lahir anak pertamanya, Muhammad Adam Aysar.

[fbcomments]