fbpx

Kalau anda perasan, Intagram usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat itu dilihat ada memuat naik posting yang menarik perhatian ramai netizen dengan memuat naik fotonya mengenakan gaun ala pengantin rona putih.

Dah nak kahwin

Sajat nak kahwin? Itulah persoalan yang bermain di fikiran ramai kan? Lagi-lagi bila dia upload video dengan kapsyen seakan-akan menuju ke arah gerbang perkahwinan.

Dalam pada itu, Sajat turut meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan namun tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Jika benar dah nak kahwin, alhamdulillah jodohnya sudah tiba. Tapi… mana pengantin perempuan? Atau berkahwin dengan lelaki? EH!

Strategi marketing

Meninjau ruangan komen, netizen seperti biasa tampil memberi komen dan membuat spekulasi bahawa usahawan itu bakal muncul dengan produk terbaru, dan bukanlah bakal mendirikan rumah tangga.

Sama-sama kita nantikan apa pula gimik yang bakal dilakukan oleh ratu kontroversi ini. EH silap, Raja kontroversi!

[fbcomments]