fbpx

Sebanyak 12 lagu yang bersaing di pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 malam tadi.

Bagaimanapun, rata-rata agak kecewa selepas menyaksikan persembahan Nabila Razali dengan lagu Peluang Kedua walaupun telah berlatih selama berbulan-bulan untuk melakukan yang terbaik.

Selain dikritik dan dikecam, ada juga segelintir warganet meminta pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali itu tidak perlu menyanyi ‘live’ lagi sekiranya tindakan tersebut hanya sekadar mengundang cacian orang ramai.

Bagaimanapun penyanyi lagu Peluang Kedua itu berkata, dia telah cuba memberikan sehabis baik selain memohon maaf terutama kepada pencipta lagu tersebut iaitu Hael Husaini dan MFMF.

[fbcomments]