Musim cuti sekolah dah dekat, anak-anak pula dah merengek nak pergi mandi manda di taman tema. Tapi korang pula bajet tak berapa nak ada sangat?

Taman Tema harga berpatutan

Anak-anak ramai? Bajet tak berapa nak ada? Jangan risau kerana di Bangi Wonderland ni harganya sangat berpatutan! Lagi-lagi pada musim cuti sekolah ni, dorang ada buat promosi. RM220 sahaja untuk 5 orang dimana harga tiket untuk seorang hanya serendah RM44 je!

Tempat pun masih baru lagi dimana ia baru sahaja dibuka pada tahun 2016. Walaupun ianya tidaklah sehebat Sunway Lagoon tu tapi untuk buat lepas geram main air tu boleh sangat!

Yang penting anak-anak happy dan dapat meluangkan masa bersama yang tersayang. Memori itu penting!

Lagipun kawasannya juga tidak terlalu besar, so tak perlu lah risau anak-anak akan hilang dan sebagainya.

Apa yang ada di Bangi Wonderland?

Kalau korang nak tahu, Taman Tema Air Bangi ni ada lebih kurang 16 tarikan – dari yang perlukan korang naik pelampung sampailah ke kolam randuk untuk anak-anak kecil pun ada! So ianya memang sangat sesuai untuk semua lapisan umur.

Antara tarikan yang ada ialah:

  • Water Human Cannon
  • The Magic Funnel
  • The Surf Rider
  • Wonder Loop
  • Pirate’s Spa
  • Pirate’s Bay
  • Meander River
  • The Pirate-themed Kid’s Adventure
  • Insane Racer
  • Anaconda Trail
  • Boomeriang
  • Body Slide
  • Spiralax
  • Green Pearl
  • The Fall
  • Typhoon River

Kemudahan yang selesa

Kemudahan yang terdapat di Bangi Wonderland juga tak kurang hebatnya tau. Surau dan bilik bayi pun ada. Ok lah tu kan? Memang selesa dan sangat sesuai buat keluarga yang ingin membawa anak-anak bercuti di sini.

So kalau rasa nak pergi bercuti di tempat paling dekat atau ada bajet suam-suam boleh lah ke Bangi Wonderland yang terletak di Jalan Bangi Avenue, Bangi Avenue, Kajang, Selangor!

[fbcomments]