Berat mata memadang, berat lagi bahu yang memikulnya. Jika kita rasa kehidupan kita dah susah, sebenarnya anda silap. Ramai lagi yang lebih susah daripada kehidupan yang kita lalui. Pelbagai cara mereka lakukan demi mencari rezeki halal.
Bongkok-bongkok jual kerepek
Menerusi Harian Metro, seorang wargan emas berusia dalam lingkungan 70 tahun dilaporkan masih gigih berjualan makanan ringan seperti kerepek dan bahulu demi kelangsungan hidup.
Kisah Lijah Awang dari Kampung Gelong Bilal, Kuala Terengganu yang menolak basikal walaupun dalam keadaan sudah uzur demi berjualan benar-benar mengundang rasa insaf dalam diri.
Nak membayar hutang di kedai
Lijah terpaksa berusaha keras mencari pendapatan bagi menampung kehidupannya bersama anak perempuannya yang mempunyai masalah mental.
Dia terpaksa berjualan kerepek dan bahulu demi melangsaikan hutang kedai kerana anaknya itu kerap mengambil minuman tanpa membayarnya.
“Selagi ada kudrat, saya akan tetap berniaga untuk menyara diri dan keluarga... Mak cik percaya pada rezeki, selagi berusaha Allah akan sediakan rezeki untuk setiap hambanya, soal sedikit atau banyak tidak penting.“
Selagi mempunyai kudrat
Sedih dan hiba melihat insan yang sudah dimamah usia masih gigih mencari duit.
Lijah yang berniaga di kaki lima bangunan mengakui menerima bantuan kebajikan namun tidak mencukupi. Jadi, selagi mempunyai kudrat, dia tidak teragak-agak untuk terus mencari rezeki tanpa meminta-minta.
Marilah kita bersama-sama menghulurkan bantuan dan mengajak sesiapa yang tinggal berdekatan untuk membeli jualan nenek ini bagi menambah pendapatannya.