Nampaknya perang #cancelnetflix di laman sosial semakin hangat dan dapat sambutan!
Isu ini terjadi disebabkan Netflix seolah-olah menormalisasikan seksualiti terhadap kanak-kanak.
Netizen memboikot syarikat terbesar penstriman itu selepas pelancaran filem Cutie pada 9 September. Isu ini terjadi disebabkan Netflix didakwa seolah-olah menormalisasikan seksualisati terhadap kanak-kanak.
Tapi filem Cuties ini telah mendapat pujian dan berjaya memenangi anugerah di Festival Filem Sundance 2019.
Ia menceritakan tentang seorang gadis berusia 11 tahun cuba melepaskan diri dari institusi keluarga yang tidak berfungsi dan menyertai salah sebuah kumpulan tarian bebas bernama ‘Cuties’.
Satu petisyen di Change.org telah dimuat naik dengan usaha meminta orang ramai membatalkan langganan Netflix disebabkan kandungan yang mengeksploitasi kanak-kanak. Sejak dimuat naik, lebih dari 600,000 tandatangan telah berjaya dikumpulkan.