Sejak tularnya pengumuman mengenai filem Duyung: Legenda Aurora, sekuel kepada filem Duyung, nama pelakon Ruhainies mula disebut-sebut oleh warganet yang mencadangkan agar dia membawa watak Orix, beruk kesayangan Jimmy.
Cadangan ini muncul dalam pelbagai komen di media sosial yang menunjukkan keterujaan ramai terhadap pemilihan pelakon untuk watak ikonik tersebut.
@enaizsati_
Netizen Teringin Nak Tengok Ruhainies Bawa Watak Orix
Dalam filem Duyung yang ditayangkan 16 tahun lalu, watak Orix dilakonkan oleh pelawak terkenal, Yasin Senario, yang dikenali dengan ungkapan “fuyo fuyo” yang menjadi ikonik pada masa itu. Namun, cadangan agar Ruhainies, atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, mengambil alih peranan tersebut dalam versi sekuel, telah mencetuskan perbualan hangat di kalangan peminat filem.
Ramai peminat menyuarakan sokongan di ruangan komen media sosial, dengan beberapa pihak menganggap cadangan itu sebagai gurauan, namun masih ada yang berharap pelakon berusia 32 tahun ini akan diberi peluang untuk menyerikan filem berkenaan dengan lakonannya yang dinamik.
Meskipun ada yang menyampaikan cadangan ini dalam nada jenaka, keterujaan terhadap filem Duyung: Legenda Aurora tetap tidak dapat dinafikan.
Dalam perkembangan lain, Anna Jobling telah disahkan memegang watak sebagai anak kepada Duyung, lakonan Maya Karin, manakala filem ini turut dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Saiful Apek, Ayie Floor 88, Yasmin Hani, Yasin Senario, Datuk Yusry Abdul Halim, Nadia Brian, Kumpulan Zero, Aniq Aqil, Aidilia Hilda, A Shukoor Mohaideen, dan beberapa penampilan istimewa lain yang bakal menyerikan filem ini.
@maskulinmy Setelah 16 tahun, KRU telah mengumumkan sequel untuk filem Duyung iaitu Duyung – Legenda Aurora. Barisan telah pun diperkenalkan dan mereka masih lagi mengekalkan beberapa pelakon dari filem Duyung yang pertama. #maskulin #duyung #legendaaurora #kru #filem #fyp
Kredit: TikTok maskulinmy, enaizsati