Nampaknya selepas tular je pendedahan video yang dibuat oleh Asri Janggut ni, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terus melancarkan operasi penguatkuasaan besar-besaran terhadap peniaga tanpa lesen di Sungai Buloh.
Sejak dua tiga hari ini, operasi oleh MBSA terlalu drastik, cara mereka bertindak ini seperti mahu membalas dendam. Bila ada orang mengadu, dia (MBSA) bertindak balas.
Salah sikit pun nak saman, pasang awning (sengkuap) untuk tahan air hujan pun kena saman, tangga untuk naik turun pun kena saman.
Hilang punca pendapatan
Sejak beberapa hari pihak MBSA telah melakukan operasi permbersihan habis-habisan termasuklah mereka yang berniaga sekecil-kecil peniaga pun turut terkena.
Kebanyakan mereka kini dalam kesusahan sejak PKP, kini mungkin hilang terus punca pendapatan…
Satu Bandar Baru Sungai Buloh kena notis, alang-alang nak bagi notis bagi untuk satu negeri baru adil.
Mohon kelonggaran
Mungkin pihak MBSA boleh berikan sedikit kerjasama untuk memberi kelonggaran pada para peniaga jalanan supaya mereka dapat berniaga tanpa menganggu lalu lintas serta mengikut SOP operasi Covid19.
Selain tu, tak salah jika pihak Majlis ni permudahkan je lah permohonan lesen perniagaan bagi mereka yang dah lama memohon.
Peniaga kecil-kecil berniaga nasi lemak, kueh, goreng pisang depan rumah, untung RM30 sehari dah tak boleh berniaga.
Kami tak marah, cuma kami fikirkan peniaga-peniaga kecil juga. Kalau MBSA marah pada abang Hot Burger, janganlah satu Sungai Buloh kena serang.
Isu ini turut mendapat perhatian oleh Ahli Parlimen BN Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar yang dibahaskan di Dewan Rakyat.
Masalahnya kenapa tindakan meroboh ini diambil dalam keadaan peniaga baru nak bernyawa?