Sebelum ini kalau kita lihat di laman media sosial Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sering membuat operasi mengangkut gerai-gerai warga asing.
Tapi, beberapa hari lepas viral sebuah rakaman video pihak berkuasa merampas semua barang jualan pemilik gerai jagung warganegara yang dijual tepi jalan.
Rata-rata netizen mengatakan salah tetap salah malah, ada juga mengatakan penguatkuasa bertindak kejam kerana tidak membantu rakyat sendiri.
Anak tampil bersuara
Tular di media sosial video ayahnya itu, salah seorang anak pakcik ini telah tampil beri kenyataan.
“Jagung inilah mata pencarian untuk kami , saya masih belajar dan belum bekerja berasa sangat kecewa kerana belum mampu membantu ayah saya . Dia memang sangat tertekan kerana tidak nampak jalan keluar untuk mencari sumber pendapatan dengan keadaan mata yang macam tu.”
“Kami ada 6 orang adik beradik dan 5 orang yang masih belajar termasuk saya .”
“Seandainya dah tamat belajar dan sudah bekerja , saya takkan biar ayah kami macam ni . Dia cuma ingin mencari sesuap nasi bukan merompak . Saya sangat kecewa dengan semua ni..”
Kisah pakcik ini turut mendapat perhatian Ustaz Ebit Lew