Gelombang kedua COVID-19 di Malaysia hari ini menyaksikan rata-rata pihak berkuasa termasuk pihak polis giat melakukan sekatan jalan raya seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan diumum kerajaan.
Setakat hari ini, Malaysia telah mencatatkan lebih 1000 kes positif Covid-19 dengan 3 kes kematian dan 15 orang petugas kesihatan barisan hadapan turut dijangkiti wabak ini.
Sanggat besar amanah yang dipikul oleh petugas-petugas di kakitangan kesihatan dalam menghadapi Covid-19 ini, sehingga mereka sanggup pertaruhkan nyawa.
Pelbagai lagi pengorbanan yang telah dilakukan demi menyelamatkan seluruh rakyat Malaysia.
Nak tukar pad pun tak sempat
Menurut perkongsian gadis yang dikenali sebagai Nadiyah ini, mereka terlalu letih untuk menghadapi semua ini. Sampaikan nak tukar pad pun tak sempat. Sehingga pad tu dah bocor tapi tak tukar juga. Ini kerana terlalu banyak benda mereka perlu selesaikan.
Takut nak balik rumah
Mereka juga mempunyai keluarga. Sudah tentu mereka sayangkan ahli keluarga mereka dan mereka takut mereka akan membawa sekali sakit coronavirus itu ke rumah.
“Bila balik risau, kut2 dapat pesakit positif. Air mata mengalir tak tentu masa. Tak fikir pun pasal corona, tiba2 automatik keluar air mata. Taktau kenapa, mungkin burn out. Mungkin lah.”
Nikmat ibadah ditarik
“Tapi yang saya tak tahan adalah bila rasa nikmat ibadah ditarik. Nikmat solat pada waktunya ditarik. Memang boleh jamak. Tp tetap rasa lain.”
“Kami banyak kali tengok seksanya sakratul maut. Kami takut. Kami nak solat. Kami nak memohon kepada Allah, kami nak laksanakan tugas hamba. Tapi bila jadi macam ni, susah. Sblm ni kerja kat dlm kecemasan mmg ada je waktu solat yg xsempat dikejar. Tp bila ada covid ni, makin teruk. “
Wahai rakyat Malaysia, kasihanilah mereka
“So pada rakyat Malaysia yang degil, rasa takpe untuk keluar jalan2, kalau kes covid makin teruk selepas 31/3, kat akhirat nanti saya akan mengadu pada Allah. Sbb korang, kami tak dapat nikmat solat pada waktunya.
Pada yg bersatu memberi kerjasama pada kerajaan, terima kasih. Moga kita semua terlindung dari wabak ini. Dan semoga kita dapat maraton ibadah di bulan Ramadhan nanti bersama2.”