Nama penyanyi Fynn Jamal secara tiba-tiba trending di Twitter sejak malam tadi. Semuanya gara-gara luahan dan pandangan Fynn Jamal berhubung isu rogol.
Menerusi tinjauan di Twitter, hampir sebahagian netizen tidak berpuas hati dengan pendapat yang dilontarkannya.
“Saya tidak salahkan mangsa, saya salahkan punca yang jadinya rogol itu. z Jika anda jadi punca rogol itu berlaku, maka itu anda lah. If tiada, maka bukan berpunca dari anda.
“Sebab perempuan pakai tudung tapi bergambar macam kucing musim mengawan. Jadi orang lain pakai tudung yang kena,” katanya.
Selain itu, terdapat juga netizen yang menganggap beberapa kenyataan Fynn Jamal agak mengelirukan dan ‘disturbing’ terutamanya apabila membabitkan nama Rasulullah.
“Kau tahu tak Rasulullah berpesan pada isteri untuk ‘standby’ je kalau suami balik terus nak bersama.
“Rasulullah berpesan pada suami kalau ternampak sesuatu yang membangkitkan syahwat terus balik dan terus laksanakan ke atas isterinya,” katanya.
Pandangan berikut menyebabkan ramai terganggu dan tidak berpuas hati.