Mempunyai keluarga mertua yang baik adalah salah satu anugerah terindah buat seseorang kerana mereka bagaikan mertua dari syurga. Baru-baru ini tular di laman TikTok berkenaan seorang pakcik memuatnaik hantaran video tentang pertunangan anak perempuannya itu sambil berbincang tentang hantaran kahwin dan sebagainya.
Video tersebut telah meraih 4.2 juta tontonan bersama 327.1 ribu likes dalam masa sehari sahaja.
Bapa Mertua Idaman Semua Orang
Berdasarkan video tersebut, pakcik itu yang dikenali sebagai Fakhrudin Ahmad menyerahkan soal hantaran perkahwinan kepada pihak keluarga lelaki sebelum menikahi anak perempuannya itu, atas sebab tidak mahu membebankan bakal menantu.
“Soal hantaran ni saya serah kepada pihak lelaki, saya tak mahu membebankan. Yang penting adalah mas kahwin, itu yang wajib dalam Islam. Saya nak beri contoh supaya hantaran ini tidak menjadi beban dalam soal perkahwinan”, jelas Fakhrudin ketika berbincang soal-soal penting kepada bakal menantunya.
Mas Kahwin Tetap Dua Dinar
“Amalina dia kelulusan perakaunan, jadi kita tetapkan RM29,000 boleh? Tak, melawak-lawak saja. Tapi mas kahwin tu betul, dua dinar, emas 999. Hantaran tu melawak saja, saya minta maaf”, kata Fakhrudin sambil bergurau senda.
Reaksi Netizen
Melihat di ruangan komen di hantaran video beliau, rata-rata netizen menyatakan bahawa mereka mengharapkan bakal bapa mertua mereka adalah sebaik pakcik ini.



Kredit: TikTok Fakhrudin Ahmad