Setiap orang perlu memberi fokus yang secukupnya ketika memandu. Tidak kiralah sama ada yang menaiki kenderaan kereta, lori mahupun motorsikal, kesemuanya perlu diberikan perhatian ketika menggunakan jalan raya.
Namun begitu, terdapat juga kes-kes yang melucukan sekiranya anda hilang fokus ketika pemanduan dan ini adalah salah satunya!
Pada beberapa hari yang lalu, terdapat sebuah video rakaman cctv yang telah menjadi viral di Twitter.
Dalam rakaman itu didapati terdapat sepasang suami isteri yang telah bersiap-siap untuk memulakan perjalanan mereka dengan menaiki motorsikal berwarna putih.
Tanpa disangka-sangka, suaminya telah bergerak tanpa menyedari bahawa dirinya tiada di bahagian pembonceng. Melihat keadaan itu, dia dan tukang bersih yang turut terkejut dengan situasi tersebut segera memanggil suaminya dengan nada yang kuat.
Dalam beberapa saat kemudian, suaminya berpatah balik ke kawasan kejadian dan sebaik sahaja tiba, wanita berkenaan memukul manja suaminya itu kerana tertinggal akan dirinya.