Sepasang suami isteri yang cuba menyembunyikan gelang pink (tag kuarantin COVID-19) dengan menanggalkannya dan keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (TEMCO) ditahan setelah gagal memberi alasan munasabah.
Pasangan itu ditahan polis selepas dilihat dalam keadaan panik dan mencurigakan. Hasil soal siasat, mereka mengaku menanggalkan gelang kuarantin atas alasan mengalami alahan pada kulit dan bolos melalui jalan tikus menaiki motosikal untuk membeli barang. – Ketua Polis Daerah Kangar

Pasangan berusia 54 dan 65 tahun itu ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Simpang Empat-Kuala Sanglang ketika menaiki motosikal bersama untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Kuala Sanglang.