Drama Sutun pernah menjadi fenomena di awal tahun 2000 dahulu. Drama yang mengisahkan seorang lelaki berperwatakan lembut ini mula disiarkan di RTM. Namun, atas permintaan yang tinggi, ianya telah ditayangkan semula di platform Astro.
Filem ini dibintangi oleh Ku Yusry yang membawa watak ikonik ‘Sutun’. Watak Sutun merupakan seorang lelaki lembut di sebuah kampung yang amat gemarkan warna pink.

Wajah terkini Ku Yusry
Menurut video yang tular di Tik Tok, pemegang watak tersebut iaitu Ku Yusry Ku Rahman kini sudah berkumis dan merupakan seorang guru.
Video tersebut dimuatnaik oleh rakan gurunya, iaitu ciklebah7.
@ciklebah7 Suka suka 🥰 #bff #sutun #tiktokguru #CapCut ♬ original sound – Yes Cik Lebah 🐝
@ciklebah7 Pagi2 chill 🥰 #ramadhan #sutun #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Rahmatun Lil'Alameen – Maher Zain
Menjengan ruangan komen, orang ramai memberi pelbagai reaksi. Termasuklah yang tidak menyangka akan melihat semula pelakon tersebut selepas hampir dua dekad.
Tidak kurang juga yang memuji meja guru merah jambu milik Ku Yusry.
@ciklebah7 Replying to @Ecahsell tak jumpa komen yg suruh tour meja kerja dye. Boleh laa ni. Dengan keizinan yer. Tq @AdeQ 🥰🥰🥰 #fyp #sutun ♬ Doo Bee Doo Bee Doo – Schnuffel Bunny
Kredit: TikTok ciklebah7