Seorang wanita yang melakonkan watak duyung di sebuah akuarium di China berdepan insiden mencemaskan apabila seekor ikan gergasi tiba-tiba menggigit kepalanya ketika dia sedang membuat persembahan di dalam air.
Video di bawah:
https://x.com/momot_nadine/status/1884814278622142772?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw
Pelakon Duyung Alami Detik Cemas, Kepala Digigit Ikan Gergasi Ketika Persembahan
Wanita yang dikenali sebagai Masha, 22, dikatakan berenang di dalam tangki di Xishuangbanna Primitive Forest Park, selatan China, sebelum tanpa sengaja memasuki laluan ikan tersebut.
Kejadian mengejutkan itu turut dirakam dan menjadi tular di media sosial, dengan rakaman menunjukkan ikan berkenaan menggigit hampir keseluruhan kepalanya, menyebabkan penonton, termasuk kanak-kanak, menjerit ketakutan.
Meskipun bergelut untuk melepaskan diri, Masha akhirnya berjaya melarikan diri daripada cengkaman ikan tersebut, namun insiden itu mengakibatkan kecederaan di bahagian kepala, leher, dan mata. Beberapa gambar yang dikongsi di media sosial turut menunjukkan kesan lebam dan luka pada wajahnya.
Namun, Masha mendakwa majikannya tetap memaksanya kembali ke dalam air untuk meneruskan persembahan walaupun dia mengalami kesakitan. Dia juga diberi amaran supaya tidak berkongsi rakaman kejadian tersebut. Namun, video berkenaan tetap tersebar luas di Douyin, versi TikTok di China.
Sebagai pampasan atas kejadian itu, dia hanya diberikan kurang daripada $100 (RM426).
Sehingga kini, spesies ikan yang menyerangnya masih belum dapat dipastikan, namun akuarium berkenaan dilaporkan menempatkan pelbagai spesies air tawar dari Sungai Mekong dan Yangtze.
Kredit: Majoriti Official