Dunia hiburan sekali lagi diselubungi berita sedih apabila pelakon veteran Mohd Idris Mohd Diah atau lebih dikenali sebagai Idris Mat Diah dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Presint 9, Putrajaya, awal pagi tadi.

Sementara itu anak Allahyarham dikenali sebagai Alia memaklumkan, ayahnya ditemui tidak sedarkan diri sekitar jam 2 pagi tadi.


5

Mereka kemudiannya menghubungi pihak ambulans dan disahkan telah Idris meninggal dunia jam 2.30 pagi.

Ayah disedari tidak sedarkan diri sekitar pukul 2 pagi tadi. Arwah sudah dua tiga hari tidak selera makan

Pelakon berusia 61 tahun ini juga, turut membintangi drama 7 Hari Mencintaiku 2, memegang watak sebagai Pak Andak. Malah arwah sangat sinonim dengan karakter bapa dan datuk itu merupakan antara pelakon veteran yang cukup disegani dalam industri.

[fbcomments]