fbpx

Seorang lelaki Korea bernama Roh Eui Jong, 34, yang dilaporkan hilang sejak awal bulan Mei akhirnya ditemui maut apabila mangsa disimen di dalam sebuah tong plastik dalam kejadian di Pattaya, Thailand pada Sabtu.

Dibunuh Dan Disimen Dalam Tong

Berdasarkan kenyataan dari Kedutaan Korea di Thailand, mangsa yang dikenali sebagai Roh telah memasuki Thailand pada 30 April.

Pada 7 Mei lalu, ibu kepada mangsa menerima panggilan telefon di mana dia diminta untuk membayar wang tebusan berjumlah RM393,787. Suspek memberitahu kepada wanita tersebut bahawa anaknya telah menyebabkan mereka mengalami kerugian besar dengan membuang dadah dan mengugut untuk membunuh anaknya itu.

Suspek juga mengancam untuk memotong anggota badan Roh dan menjual organnya di pasaran gelap sekirang wang tebusan tidak dibayar sehingga 8 Mei.

Selepas mendengar khabar yang mengejutkan itu, ibu Roh melaporkan kejadian tersebut kepada Kedutaan Korea di Thailang yang kemudiannya meminta kerjasama daripada polis negara berkenaan.

Suspek Juga Merupakan Warganegara Korea

Difahamkan Roh mempunyai seorang isteri warga Thailand dan isteri mangsa berkata kali terakhir dia melihat Roh adalah pada 2 Mei di sebuah pub di kawasan Royal City Avenue di Bangkok. Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati Roh diiringi oleh dua individu lelaki sebelum dia dibawa naik sebuah kereta sewa menuju ke Pattaya kira-kira jam 2 pagi pada 3 Mei.

Siasatan akhirnya membawa kepada penemuan sebuah tong plastik berisi simen di kawasan takungan di Pattaya. Polis kemudiannya menghantar penyelam sebelum mereka menemukan mayat Roh disimen di dalam tong berkenaan.

Polis Thailand mengenal pasti tiga suspek yang dipercayai warga Korea. Seorang daripada mereka berjaya ditahan di kediamannya di Jeolla Utara pada pukul 7.46 malam, selepas polis mendapati dia telah kembali ke Korea pada Khamis, manakala dua lagi masih dikesan dan disyaki menyeberang secara haram masing-masing ke Myanmar dan Kemboja.

Kredit: portal Korean JoongAng Daily

[fbcomments]