fbpx

Baru-baru ini tular di laman sosial berkenaan insiden seorang lelaki maut akibat disambar petir ketika sedang bermain bola sepak di Stadium Siliwangi, Bandung, Indonesia pada Sabtu lalu.

Sambaran Petir Berlaku Ketika Cuaca Masih Cerah Dan Tidak Hujan

Berdasarkan sumber yang dipetik dari Majoriti Official, difahamkan ketika kejadian tersebut, mangsa yang berusia 30 tahun itu dikatakan sedang berada di tengah-tengah padang stadium yang pernah menjadi gelanggang bersejarah kelab bola sepak utama Indonesia, Persib Bandung.

Menerusi video yang dikongsikan di laman sumber, ia dapat dilihat kejadian terbabit berlaku ketika cuaca masih cerah dan tidak mempunyai setitis titisan hujan. Menurut saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai G, beliau memaklumkan bahawa peristiwa berlaku ketika berlangsungnya satu perlawanan persahabatan bola sepak sekitar jam 3 petang, waktu tempatan.

Katanya, sambaran petir pertama berlaku adalah ketika perlawanan antara pasukan mereka sudah berjalan selama 15 minit. Namun, pada waktu itu, ia tidak menyambar ke arah padang. Sebaliknya hanya mengenai alat perangkap kilat.

Pemain Bola Disambar Petir Dan Disahkan Maut

Tambah G lagi, ketika sambaran petir yang kedua berlaku, kedua-dua belah pasukan bola sepak terkejut dan terus meniarap di atas padang terbabit.

“Selepas petir itu, semua langsung tiarap, termasuk mangsa yang terkorban. Lepas itu, semua melarikan diri mencari tempat berlindung, tapi mangsa masih tak bangun-bangun dan kami terus membawanya ke tepi padang,” jelasnya.

Menurut G, mangsa dilihat mengalami luka hitam kemerahan di bahagian dada manakala but yang dipakainya juga didapati terbakar.

“Selepas dibawa ke hospital, saya dah tak ikut. Kemudian saya dapat berita bahawa mangsa sudah meninggal dunia,” ujar G.

Kredit: Majoriti Official

[fbcomments]