fbpx

Seorang pemandu dipercayai wanita telah memberhentikan kereta secara tiba tiba di tengah jalan raya di Jalan Kuching menghala Selayang pada pagi semalam, 23 Disember. Hal ini sekali gus menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di laluan tersebut.

Selepas diselidik, pemandu kereta tersebut berbuat demikian kerana diserang rasa cemas atau takut melampau dikenali sebagai ‘anxiety’

Kejadian itu dimaklumkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, melalui hantaran di Facebook.

“Pagi ini min (admin) dimaklumkan berlaku satu insiden di mana seorang pengguna jalan raya secara tiba-tiba memberhentikan kenderaannya di tengah-tengah jalan utama di Jalan Kuching menghala ke Selayang.”

“Insiden ini menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas di laluan itu. Bagaimanapun hasil usaha pantas skuad penyelamat, anggota trafik serta pasukan Pusat Pengurusan Pengangkutan Bersepadu (ITIS) DBKL serta dibantu oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), situasi telah dapat dikawal dengan segera,” terangnya pada hantaran tersebut.

May be an image of 2 people, people standing and outdoors
Sumber: DBKL

DBKL turut memaklumkan, pemilik kenderaan yang dikatakan mengalami ‘anxiety’ telah berjaya dipujuk untuk keluar dari kenderaannya.

Sumber: DBKL

“Kenderaannya kemudiannya telah dialihkan ke bahu jalan. Perkara tak terduga, moga kita semua dalam perlindungan-Nya,”katanya.

Baru-baru ini ramai yang terkena serangan anxiety atau panic attack. Berikut merupakan tips mencegah serangan anxiety yang disampaikan oleh Public Health Malaysia (PHM).

Image
Sumber: Public Health Malaysia

Sumber: DBKL dan PHM

[fbcomments]