Seorang pemuda dikenali sebagai Wan menjadi perhatian ramai selepas kisah hidupnya tular di media sosial, memperlihatkan kegigihannya mencari rezeki sejak usia muda demi membantu keluarga.
@storie.my Behind the Hustle #10 – A day in the life of a garbage collector Big respect @WAN 🫡 #storiemy #malaysia #behindthehustle
Pemuda Gigih Cari Rezeki Sejak 15 Tahun, Sanggup Korban Pelajaran Demi Keluarga
Menerusi perkongsian di TikTok, Wan yang kini berusia 23 tahun memaklumkan dia telah bekerja sebagai pengutip sampah di Kuantan sejak empat tahun lalu. Menurutnya, dia mula bekerja seawal usia 15 tahun selepas keluarganya berdepan masalah, sekali gus mendorongnya mengambil keputusan untuk berhenti sekolah bagi memberi tumpuan kepada usaha membantu meringankan beban kewangan keluarga.
Wan menjelaskan bahawa dia kini melakukan dua pekerjaan dalam sehari, iaitu sebagai pengutip sampah dan turut bekerja sambilan di sebuah kedai makan. Katanya, keputusan tersebut dibuat bagi memastikan keperluan keluarga dapat dipenuhi, selain memberi peluang kepada tiga orang adiknya untuk terus bersekolah sehingga tamat pengajian. Walaupun terpaksa mengorbankan pelajaran sendiri, dia menganggap perkara itu sebagai satu tanggungjawab yang perlu dipikul demi masa depan adik-adiknya.
![]()
Dalam masa sama, Wan menegaskan bahawa dia tidak memilih pekerjaan selagi ia halal dan tidak menyusahkan orang lain. Baginya, apa yang penting adalah usaha yang dilakukan dapat membantu keluarga serta memberi sedikit kelegaan kepada ibu bapanya. Selain itu, dia turut menekankan kepentingan untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT sebagai sumber kekuatan dalam menghadapi cabaran kehidupan seharian.
![]()
Wan turut mengakui bahawa ibu bapanya menjadi pendorong utama untuk terus kuat dan tidak mudah berputus asa.
“Ibu bapa adalah satu semangat dan motivasi untuk saya teruskan kehidupan. Janji boleh ringankan beban mereka,” katanya.
Kredit: TikTok storie.my