Sejak kebelakangan ini, nama Ayda jebat kerap menjadi bualan netizen dengan pelbagai kontroversi. Sebelum ini dia menjadi bualan kerana perkongsian ‘mesranya’ dengan suami yang dilihat kurang manis untuk dipertontonkan kepada umum.


Namun yang terbaru ni pula berkaitan dengan muzik video lagunya yang berjudul Parah Parah sehingga menjadi topik hangat di media sosial.

Seperti tarian lucah

Salah seorang pendakwah wanita terkenal, Ustazah Asma’ Harun ada memuat naik satu nukilan panjang buat Ayda Jebat sebagai teguran lembut berkenaan muzik video lagu tersebut yang dilihat agak keterlaluan.

Menurut pendakwah tersebut, beliau mengakui agak terkejut dengan muzik video lagu tersebut kerana memberi gambaran kurang baik buat seorang wanita Islam yang boleh dianggap menggairahkan serta berpakaian agak seksi menjolok mata.


Ini satu Musibah Ummah yang PARAH, tatkala kita masih dalam belenggu cengkaman pandemik yang semakin PARAH, kalian menghasilkan sebuah video klip muzik yang menampilkan penyanyi dan penari iringan yang separuh bogel, dengan rentak dan lenggok tarian yang menggairahkan seperti tarian lucah, maaf ia sungguh memalukan !

Namun saya tetap meletakkan sangkaan bahawa mungkin juga kamu tersilap untuk percaturan kali ini, terutamanya bahagian penari iringan, Kerana kamu sendiri penampilan yang tidaklah keterlaluan.

Maaf, hanya ingin menegur

Dalam masa yang sama, Ustazah Asma’ turut memohon ribuan kemaafan andai apa yang disampaikan mengguris mana-mana pihak.

Namun, tujuan asalnya adalah untuk menegur mana yang tidak elok untuk dipertontonkan dan sama sekali bukan untuk memalukan sesiapa.

Maaf saya lakukan teguran ini secara terbuka, saya lihat sudah ramai yang menegur dan mengkritik video klip tersebut secara terbuka, bahkan di kalangan fans kamu sendiri mereka rasa tidak senang, teguran di media sosial kamu sendiri juga tidak diendahkan, bahkan dijawab dengan tidak rasa bersalah.

[fbcomments]