Baru-baru ini tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki terlibat dalam satu pembunuhan ngeri dalam kejadian di negara jiran, Indonesia.
Video di bawah:
https://x.com/heraloebss/status/1807569616253960622?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw
Suspek Kerat Badan Mangsa Di Tepi Jalan
Menerusi video yang dikongsikan di laman X, dapat dilihat dua individu lelaki yang dipercayai kurang siuman sedang berjalan dimana salah seorang daripada mereka (suspek) menarik tali yang diikat pada tangan seorang lagi individu (mangsa).
Suspek yang dikenali sebagai Erus, 23 tahun, kemudian membawa mangsa ke tepi jalan dan melakukan perbuatan kejam tersebut di tempat terbuka.
Dalam rakaman video tersebut, tubuh mangsa terlihat bersepah dan bertaburan di tepi jalan setelah dipotong menjadi beberapa bahagian.
Suspek turut menyimpan sebahagian anggota badan mangsa termasuk kaki dan tangan, dalam sebuah guni sebelum membawanya mengelilingi kampung.
Seorang penduduk kampung yang menyaksikan kejadian itu pada awalnya beranggapan suspek sedang memotong daging ayam, tetapi ternyata ia adalah daging manusia.
“Terkejut Ya Allah, daging manusia. Ada kepalanya. Lepas tu saya terus lari”, katanya ketika dijumpai.
Difahamkan, suspek dilihat tersenyum setelah ditahan polis. Siasatan lanjut sedang dijalankan dan suspek telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan mental.
Kredit: portal Tribunenews, X Heraloebss