Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan tentang jemaah di Masjid Aolia di daerah Panggang, Gunungkidul di Jogjakarta telah menyambut Hari raya Aidilfitri seawal lima hari berbanding umat Islam di negara lain.
Walaupun begitu, imam di masjid berkenaan tampil memohon maaf atas kenyataan yang dikeluarkannya semalam yang mendakwa beliau telah menghubungi ‘Tuhan’ melalui panggilan telefon sebelum menyambut Aildifitri bersama-sama jemaah masjid berkenaan pada Jumaat, 5 April 2024.
@sinarharianonline Imam Masjid Aolia di daerah Panggang, Gunungkidul di Jogjakarta, Indonesia memohon maaf atas kenyataannya berhubung beliau telah menghubungi ‘Tuhan’ sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama jemaah masjid itu pada Jumaat, 5 April 2024. “Terkait pernyataan saya pagi tadi (Sabti) tentang istilah menelefon ALLAH SWT, itu sebenarnya hanya istilah. Yang sebenarnya, ia perjalanan spiritual (kerohanian) saya, kontak batin dengan ALLAH SWT,” kata imam Sholeh Pranolo dalam satu rakaman video yang tular pada Sabtu. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. SinarHarian SinarTerkini Dunia Global Tular Viral Indonesia Ramadan Syawal Aidilfitri Raya
Mohon Maaf
Berdasarkan laporan Sinar Harian, imam Masjid Aolia telah memuat naik satu video yang memaparkan beliau memohon maaf atas kekhilafan yang mengeluarkan kenyataan ‘menghubungi Tuhan’ sehingga mendatangkan kebimbangan orang ramai.
“Terkait pernyataan saya pagi tadi (Sabtu) tentang istilah menelefon ALLAH SWT, itu sebenarnya hanya istilah. Yang sebenarnya, ia perjalanan spiritual (kerohanian) saya, kontak batin dengan ALLAH SWT.
“Apabila pernyataan saya yang menyinggung atau tidak berkenan, saya mohon maaf yang sebesar-besarnya kepada semua pihak… terima kasih,” kata imam Sholeh Pranolo dalam satu rakaman video yang tular pada Sabtu.
Sebelum ini, Imam masjid yang lebih dikenali sebagai Mbah Benu, 82, difahamkan membuat keputusan untuk menyambut 1 Syawal bersama sebahagian jemaahnya pada Jumaat, 5 April 2024 kerana telah mengerjakan ibadah puasa seawal lima hari sebelum tarikh sebenar iaitu pada Khamis, 7 Mac 2024.
Kredit: Sinar Harian