Kegembiraan sebuah keluarga bertukar menjadi detik hitam apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut selepas tangannya tersangkut pada lubang saliran kolam renang di sebuah hotel di Kecamatan Pameungpeuk, Kabupaten Garut.

Video di bawah:
https://x.com/BaseBDG/status/1893982075742515481

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Selepas Tangan Tersangkut di Lubang Saliran Kolam Renang

Kejadian berlaku pada pagi Ahad sekitar jam 10.00 pagi ketika mangsa sedang bermain di gelongsor air sebelum terjatuh ke dalam kolam sedalam satu meter.

Menurut saksi, kanak-kanak itu meluncur masuk ke dalam air, namun tidak timbul ke permukaan selepas beberapa ketika. Menyedari sesuatu yang tidak kena, pengunjung lain segera bertindak terjun ke dalam kolam untuk mencarinya.

Rupa-rupanya, tangan mangsa tersangkut pada lubang saliran air yang tidak mempunyai penutup, menyebabkan dia terperangkap di dasar kolam. Beberapa pengunjung cuba membantu dengan mengurangkan tekanan air menggunakan baldi, namun keadaan tetap sukar.

Pasukan bomba yang tiba di lokasi segera membekalkan oksigen kepada mangsa, namun tekanan air yang kuat menyukarkan usaha menyelamat.

“Kami terpaksa menggunakan mesin penyedut air bagi mengurangkan tekanan dan memecahkan bahagian saliran kolam renang untuk membebaskan tangan mangsa,” kata seorang anggota bomba.

Selepas berjaya dikeluarkan, mangsa terus dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Kredit: Sinar Harian, X BaseBDG

 

 

 

[fbcomments]