Satu demi satu pendedahan berkenaan perkahwinan Hannah Delisha dan suaminya menjadi buah mulut netizen selepas ibu kandungnya ada memaklumkan bahawa dia tidak merestui pernikahan tersebut.
Kontroversi tersebut telah membuatkan ibu mertuanya tampil mempertahankan dengan menjelaskan beberapa perkara berhubung perkahwinan anaknya dan Hannah.
Hannah minta maaf
Namun, dalam masa yang sama, Hannah Delisha juga telah mengeluarkan kenyataan dengan meminta maaf kepada semua di atas kontroversi yang melanda dan rmempunyai masalah peribadi.
Tak tahu menahu majlis kahwin ?
Tapi bila di tengok pada posting terbaru ibunya, dia masih lagi memuat naik puisi kiasan seakan menyentuh isu perkahwinan anaknya yang didakwa tidak direstui olehnya.
Walaupun sedar bahawa luahan tersebut merupakan hak seorang ibu yang kecewa dengan anaknya, namun netizen mulai berasa bosan dengan kiasan-kiasan yang pastinya mengundang lebih banyak tanda tanya buat orang ramai.
Malah ramai juga telah menyuarakan rasa kurang senang mengenai luahan tersebut kerana dilihat membuka lebih banyak aib antara keluarga mereka.