Pasangan selebriti terkenal iaitu Diana Danielle dan Farid Kamil, kini kembali sah sebagai suami isteri selepas Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan mengesahkan permohonan rujuk mereka.
Perkara ini disahkan oleh peguam yang mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kadir, selepas prosiding yang berlangsung pada Rabu.
Video di bawah:
https://www.instagram.com/reel/DClCtzRSeA0/?igsh=aW9qd3ZicDA2Mnlu
Farid Dan Diana Masih Kekal Suami Isteri, Permohonan Cerai Dijadualkan Pada 2 Disember Nanti
Menurut Akberdin, Farid yang merupakan pihak defendan tidak membantah permohonan rujuk tersebut sepanjang prosiding berlangsung.
Hakim yang mendengar permohonan itu juga berpuas hati dan memberi perintah bahawa mereka kini kembali sebagai pasangan suami isteri secara sah.
“Mahkamah telah mendengar permohonan dan tiada bantahan daripada pihak defendan. Oleh itu, hakim mengesahkan rujuk tersebut. Sijil permohonan rujuk akan disediakan dan ia akan digunakan dalam prosiding permohonan cerai yang dijadualkan berlangsung pada 2 Disember nanti,” kata Akberdin.
Tambahnya, sijil perakuan rujuk itu penting sebagai bukti status perkahwinan mereka kini sah dan akan diserahkan kepada mahkamah dalam prosiding akan datang.
Peguam yang mewakili Farid iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan turut mengesahkan perkara yang sama. Berita ini hadir selepas beberapa bulan rumah tangga pasangan itu sekali lagi diuji.
Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan hasratnya untuk bercerai buat kali kedua, dengan alasan enggan lagi dipujuk atau mempercayai janji-janji Farid.
Namun, Farid pula dalam kenyataannya sebelum ini menyatakan komitmennya untuk menyelamatkan perkahwinan mereka, sambil menegaskan tiada rumah tangga yang tidak diuji.
Semua pihak kini menanti prosiding seterusnya pada Disember ini untuk mengetahui hala tuju hubungan pasangan popular ini.
Terdahulu, pasangan ini pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos 2023 secara dalam talian menerusi Google Meet. Namun, mereka kembali rujuk semula selepas 21 hari.
Kredit: OhBulan!