fbpx

Seorang gadis remaja yang juga peserta dari rancangan realiti TV Indonesia telah membelasah wanita pertengahan umur yang didakwa ibunya sendiri. Video yang dikongsi oleh akaun Twitter @sarisauna kini telah disaksikan oleh ratusan ribu orang. Bahkan artis popular Indonesia yang menempan nama di Amerika Syarikat, Cinta Laura juga turut memberi komen.

Menurut kenyataan dari pemilik akaun Twitter tersebut, remaja yang membelasah ibu kandungnya itu bernama Trianeta Henuk. Remaja berusia 17 tahun itu diketahui lulus audisi  “The Voice Indonesia”  pada tahun 2019.

Difahamkan, kes ini bermula dengan pelaku yang ingin pergi ke Kota Kupang, dan pelaku meminta mangsa untuk menyiapkan pakaiannya.

Tetapi mangsa meminta pelaku bersabar, kerana dia sedang memasak. Tetapi pelaku tidak sabar, menyebabkan pertengkaran antara pelaku dan mangsa. Kemudian pelaku memukul mangsa dengan tangannya dan menendangnya.

[fbcomments]