Dalam satu sidang media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada hari ini yang disampaikan oleh Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri ada menyatakan mengenai kelonggaran dalam PKP pada fasa keempat yang bermula hari ini 29 April 2020.
Menurut beliau, kerajaan benarkan dua ahli keluarga untuk keluar membeli barang keperluan ataupun untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan dalam tempoh PKP.
“Kelonggaran dari segi jumlah penumpang di dalam kereta. Kalau dulu satu kereta seorang sahaja. Oleh itu untuk memberi kemudahan dan kelonggaran, kerajaan memberi dua orang dalam satu kenderaan. Pastikan mereka di dalam rumah yang sama dan tempat yang sama.”
Walau bagaimanapun, kita semua masih perlu menjaga penjarakkan sosial dan menjaga kesihatan.