fbpx

AirAsia telah berkolaborasi bersama jenama pakaian jalanan (streetwear) tempatan Pestle & Mortar Clothing (PMC).

Pelancaran ‘PMC x AirAsia: S.E.A. Pride’ ini diadakan di REXKL oleh Ketua Penjenamaan Kumpulan AirAsia Rudy Khaw serta Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Pestle & Mortar Clothing Hugh Koh pada pagi tadi.

Jenama streetwear tempatan

Pestle & Mortar Clothing merupakan jenama pakaian streetwear tempatan yang kini sudah berusia 10 tahun. Rekaan yang mencerminkan budaya Malaysia, menjadi nadi jenama ini di mana budaya serta gaya hidup orang lokal dijadikan inspirasi. Hasilnya gaya relaks bersahaja menjadi tarikan.

Karya seniman ternama dari 6 negara ASEAN

‘PMC x AirAsia: S.E.A. Pride’ merupakan sebuah koleksi kapsul eksklusif yang meraikan kemegahan rantau Asia Tenggara serta budaya dan rakyatnya.

“Kami bukan sahaja jenama, tetapi juga pencerita. Di Pestle & Mortar Clothing, kami bercerita melalui kanvas yang mana kami berharap dapat mencetuskan perbualan dan menunjukkan kemampuan bakat-bakat di Asia Tenggara.” – Hugh Koh, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Pestle & Mortar Clothing.

Direka oleh tujuh pereka dari Asia Tenggara dari Malaysia (Pestle & Mortar Clothing), Vietnam (Headless), Kemboja (Lisa Mam and Peap Tarr), Thailand (Mamablues), Filipina (Don’t Blame The Kids) dan Singapura (Sam Lo).

Kebebasan kreativiti

Apay yang menariknya, para pereka diberi kebebasan kreatif sepenuhnya dalam mengekspresikan erti Asia Tenggara melalui gaya mereka tersendiri, seterusnya mengangkat bakat para pereka dan artis Asia Tenggara.

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan jenama tempatan seperti Pestle & Mortar Clothing ini, untuk meningkatkan jenama Asia Tenggara.” – Rudy Khaw, Ketua Penjenamaan Kumpulan AirAsia.

Koleksi ini mengetengahkan tujuh pakaian dan aksesori seperti tiga helai baju-t, sebuah topi, satu tag bagasi, sebuah beg dan satu set pin dengan tiga rekaan yang unik.

Koleksi-koleksi ini boleh didapati bermula 15 Februari 2020 di dalam penerbangan terpilih AirAsia, butik Major Drop Sunway Pyramid, Major Drop Midvalley, pestlemortarclothing.com dan ourshop.com.

[fbcomments]