Kepada anda semua yang suka makan snek apabila anda sedang menonton tv atau sambil bekerja, memperkenalkan snek baharu yang baru-baru ini sampai ke Malaysia! 


PopCorners, cip jagung yang tidak digoreng merupakan snek alternatif yang lebih sihat dan lebih lazat! Sungguh sesuai untuk anda dan keluarga anda untuk menikmati pada bila-bila masa sahaja! Cip jagung PopCorners tidak mengandungi perasa tiruan, warna dan pengawet dan hanya menggunakan bahan yang semulajadi.

Dengan 3 perisa – Popcorners White Cheddar Cheese, Popcorners Sweet Chilli dan Popcorners Sweet & Salty Corn, pasti ada satu yang sesuai dengan cita rasa anda, sama ada anda sedang beristirehat bersama keluarga tersayang, tengah berehat seketika waktu bekerja ataupun keluar melancong!

Dengan reka bentuk zip pek yang sungguh mudah, anda tidak perlu bimbang sekiranya anda tidak habis dan tergesa-gesa untuk mencari balang atau tin.


Jangan ketinggalan, segera ke AEON, Family Mart, Jaya Grocer, Lotus’s dan Village Grocer berdekatan anda! Kepada yang malas nak keluar, tidak perlu risau. Anda boleh juga mendapatkannya melalui kedai rasmi Lays atau Pepsico di Shopee / Lazada!

Untuk maklumat lanjut:

Laman sesawang: https://www.popcorners.com/
Facebook: https://www.facebook.com/LaysMalaysia 
Kedai Rasmi Lays: https://shopee.com.my/lays.os
Kedai Rasmi Pepsico: https://bit.ly/3vzUZnz

[fbcomments]