Kerancakan pelbagai bahan tontonan di Youtube memang menyeronokkan dan baru-baru ini satu video yang berkisarkan ‘ujian kesetiaan’ seorang wanita telah menjadi bahan bualan netizen yang rata-ratanya bengang dengan prank tersebut.
Lagi kecoh di laman sosial membincangkan isu mengenai video prank yang dilakukan terhadap seorang gadis dengan ‘sogokan’ RM20,000 untuk meninggalkan teman lelakinya. Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri mengenai hal tersebu
Pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Amin juga mempunyai pandangan sendiri susulan video prank itu.
Prank yang ada unsur penipuan
PU Amin menjelaskan bahawa budaya prank tersebut dilarang dalam agama Islam, walaupun sekadar menarik orang untuk menontonnya. Tambah PU Amin, dia hanya menyampaikan pesanan dan terpulang kepada semua yang membaca untuk menerima dan menilainya sendiri.