Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed Shahid, mencuri perhatian ramai selepas dilaporkan berbelanja hampir RM980,000 untuk membeli barang kemas buat isterinya, Fatin Syazwani Ishak. Pembelian tersebut dikatakan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Video di bawah:

https://vt.tiktok.com/ZSr1aWpRN/

Prince Syed Shahid Berbelanja Hampir RM1 Juta Untuk Barang Kemas Isteri Sempena Aidilfitri

Menerusi perkongsian di TikTok, Prince Syed memaklumkan bahawa jumlah tersebut adalah selepas diskaun, dan baginya, nilai itu berbaloi dengan jumlah emas yang diperolehnya. Dia turut memuji layanan baik yang diterima daripada staf di kedai emas berkenaan.

Sebagai seorang suami, beliau berpendapat bahawa wang ringgit bukanlah ukuran utama, sebaliknya pengorbanan dan kesetiaan seorang isteri jauh lebih berharga. Beliau juga menzahirkan rasa syukur atas rezeki yang diperoleh serta menasihati orang ramai agar berbelanja mengikut kemampuan tanpa berlebih-lebihan.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen dengan pelbagai reaksi. Ada yang mengagumi keikhlasan beliau dalam menghargai isterinya, manakala segelintir pula menyuarakan pandangan berbeza mengenai jumlah perbelanjaan yang dianggap luar biasa.

Namun, bagi Prince Syed, hadiah tersebut merupakan satu bentuk penghargaan buat isteri yang sentiasa setia di sisi, tidak kira dalam keadaan susah mahupun senang.

Kredit: TikTok prince.syed.shahid

 

 

[fbcomments]