Baru-baru ini, seorang usahawan yang juga dikenali ramai sebagai pempengaruh media sosial telah mencuri tumpuan netizen apabila berkongsi video memaparkan keistimewaan yang diberikan kepada isterinya, termasuk pemberian wang tunai dan barangan kemas.

Usahawan terbabit, Syed Muhammad Shah Hasif atau lebih dikenali sebagai Prince Syed, dilihat menghadiahkan wang nafkah bulanan sebanyak RM500,000 kepada isterinya, Fatin Syazwani, untuk kegunaan perbelanjaan harian.

@prince.syed.shahid

Salam RM500K 🥰 cukuplah ni untuk perbelanjaan buat isteri nak beli takoyaki , waffle dan pad utk stok setahun 🥰 mencari rezeki halal untuk keluarga

♬ original sound – Prince Syed Couture – Prince Syed Couture

Prince Syed Raih Perhatian, Hadiahkan RM500,000 & Barangan Kemas Buat Isteri

Dalam rakaman tersebut, Syed menjelaskan bahawa wang itu disediakan sebagai tanda tanggungjawab dan kasih sayangnya terhadap keluarga. Malah, dia turut berseloroh menyatakan bahawa jumlah itu mencukupi untuk membolehkan isterinya membeli keperluan seperti makanan ringan dan keperluan wanita selama setahun.

“Salam RM500K. Cukuplah untuk perbelanjaan buat isteri nak beli takoyaki, waffle dan pad setahun. Paling penting mencari rezeki halal buat keluarga,” katanya.

Selain wang tunai, Syed turut mempamerkan pelbagai barangan kemas asli yang dihadiahkan kepada isterinya, sambil menyatakan bahawa semua perhiasan tersebut adalah tulen dan bukannya sekadar prop untuk tontonan umum.

Dalam video sama, beliau sempat memuji penampilan isterinya yang disifatkan semakin mempesona walaupun usia semakin meningkat. Penampilan Fatin yang lengkap dengan beg tangan mewah, kasut berjenama dan aksesori eksklusif turut menjadi tumpuan.

Namun begitu, kemewahan yang dipaparkan pasangan tersebut turut mengundang reaksi bercampur-baur daripada pengguna media sosial. Ada yang menzahirkan kekaguman, namun tidak kurang juga yang mengkritik perbuatan itu sebagai keterlaluan dan berunsur menunjuk-nunjuk.

Malah, sebilangan netizen turut mempersoalkan ketulenan wang tunai yang ditunjukkan, mendakwa ia mungkin hanyalah gimik untuk menarik perhatian umum.

Kredit: TikTok prince.syed.shahid

 

 

 

 

[fbcomments]