Perasan tak kebelakangan ini isu bibik lari rumah bagai dijadikan satu trending di Malaysia? Isu ini menjadi semakin berleluasa dikalangan bibik-bibik yang sanggup melarikan diri demi kekasih hati ataupun tidak larat untuk bekerja dengan bebanan yang diterima.
Kejadian ini juga turut berlaku ke atas keluarga Dato Seri Vida (DSV) apabila anaknya Cik B memuat naik satu video di TikTok yang melebihi 600 ribu tontonan berkenaan bibiknya sudah lari rumah ikut teman lelaki mereka.
Sanggup Panjat Pagar Berduri Setinggi 12 Kaki Semata-mata Nak Ikut Teman Lelaki
“Mama baru je bagi bilik baru dekat bibik, jadi jom kita terjah bilik baru dia”, kata Cik B dengan nada pasrah sambil merakam suasana luar rumah menuju ke bilik bibiknya. Menurut Cik B lagi, terdapat dua buah bilik yang disediakan untuk ruangan tidur bibiknya, dan bibik yang melarikan diri dari rumah itu ialah daripada bilik nombor 2 iaitu bibik Wati dan bibik Fadilah.
Tambahan lagi, ruangan bilik tersebut belum siap sepenuhnya kerana masih dalam renovation, tetapi apakan daya belum sempat ruangan tidur siap, bibik pun sudah lesap. “
Kepada Teman Lelaki Bibik, Tolong Jaga Bibik Elok-Elok Sebab Dia “One In The Million”
“Kalau boyfriend dia tak sayang dia lagi taktahu lah. Sanggup tau lompat 12 kaki dawai berduri ni, memang salute lah”, kata-kata sindir Cik B untuk tatapan bibiknya. Yang paling tidak disangka, bibik pelarian tersebut melarikan diri dengan menjalar tali paip yang panjang ke luar rumah untuk membenarkan mereka memanjat dinding rumah yang tinggi itu. Bak kata Cik B, dah macam Mission Impossible dah!
Cik B Luah Rasa Geram, Tapi Pada Masa Yang Sama Turut Rasa Risau
“Pesanan saya untuk bibik Fadilah dan bik Wati, saya tahu bibik suka main TikTok. Kalau video ni terlintas di TikTok bibik, saya nak cakap bibik kat luar sana tu berhati-hatilah. Jangan buat lagi macam ni”,Cik B yang luah rasa geram tetapi masih mengambil tahu akan keberadaan bibiknya di luar sana.
Kredit: TikTok Cikb_havoc