fbpx

Baru-baru ini tular di laman sosial berkenaan tentang seorang pemenang Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 iaitu Tyzo yang difahamkan kontraknya di sebuah stesen radio swasta telah ditamatkan serta merta sekaligus mencetus perdebatan orang ramai.

Apabila isu tersebut mendapat perhatian ramai, ramai artis yang senasib turut mendedahkan sisi gelap dunia radio yang sebenar.

@azrul_rajalawak

Bkn masalah baru tp dr dlu lg..demi duit sanggup tutup rezeki org. #fyp #fypシ #kasiviral #ceritabenar #videoviral

♬ original sound – azrul_rajalawak – azrul_rajalawak

Azrul Raja Lawak Dedah Politik Dunia Radio

Terbaharu, pengacara dan penyampai radio iaitu Azrul Raja Lawak atau nama sebenarnya Azrul Zaidi tampil mendedahkan realiti sebenar yang berlaku dalam dunia penyiaran terutama sekali dalam industri radio.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya, difahamkan Azrul yang pernah bekerja di beberapa stesen radio menyifatkan politik dalam indsutri radio amat menakutkan dan kejam.

“Kerja di radio ini okay sahaja, tak susah mana pun. Tapi kadang-kadang politik dia tu, tempat kerja mana yang tak ada politik kan? Industri penyiaran (radio) ini politik dia memang kejam, memang ‘struggle’. Saya pun pernah kena juga, masa itu datang nak ‘on air’ tiba-tiba saya dipanggil masuk ke dalam pejabat pengurus. Terus dia kata, ‘Hari ini awak last day ya. Lepas itu nanti kita akan bincanglah tentang tugas awak yang kemudian ini macam mana dan sebagainya,” jelasnya.

Pernah Tidak Dibayar Gaji Ketika Gantikan Penyampai Radio Lain

Tambah Azrul lagi, beliau turut mendedahkan bahawa beliau pernah tidak menerima sebarang bayaran ketika menggantikan seorang penyampai radio yang baru saja meninggal dunia untuk sebuah stesen radio lain.

“Ada juga pengalaman saya dengan salah satu stesen radio ini, tapi tak perlu sebutlah stesen mana kan? Waktu itu saya perlu menggantikan penyampai radio stesen tersebut yang baru saja meninggal dunia. Jadi bila kerja mestilah ada gaji kan? Dah ‘on air’ dalam dua minggu macam itu, saya pun tanya pengurus stesen radio tersebut tentang gaji dan sebagainya. Dia boleh jawab. ‘Eh tak ada bayaran sebab dua minggu ini kira kami nak uji awak sebagai penyampai radio’,” katanya.

Di akhir video tersebut, Azrul memberitahu bahawa apa yang berlaku terhadap Tyzo tempoh hari itu jugalah yang dialami oleh beberapa penyampai radio yang lain. Menurutnya, tidak hairanlah sekiranya seseorang penyampai radio itu tidak lagi ‘on air’ pada segmen yang mereka kendalikan kerana itulah realiti sebenar dalam dunia penyiaran.

Kredit: TikTok azrul_rajalawak

[fbcomments]