Selepas kejayaan beberapa produk terdahulu, usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming kini tampil dengan produk terbaharunya apabila memperkenalkan Sambal Nyet Bilis, sekali gus menjadi produk keempat di bawah jenamanya.

https://www.tiktok.com/@khairulaming/video/7669660080459074834?_r=1&_t=ZS-98ZI7j7FjcL

Khairul Aming Lancar Sambal Nyet Bilis, Tampilkan Rasa Baharu Dengan Bahan Tempatan

Menurut beliau, Sambal Nyet Bilis menggunakan gabungan bahan-bahan tempatan yang dipilih secara teliti bagi menghasilkan rasa yang lebih segar, harum dan seimbang. Antara keistimewaan produk tersebut ialah penggunaan ikan bilis segar yang diperoleh terus daripada nelayan tempatan di Setiu, Terengganu.

Selain itu, sambal berkenaan turut menggunakan formulasi khas yang menggabungkan 75 peratus cili hijau dan 25 peratus cili merah, dengan bekalan cili diperoleh daripada petani tempatan di Banting, Selangor. Gabungan itu menghasilkan rasa pedas yang lebih lembut, di samping memberikan aroma dan rasa gurih yang tersendiri.

“Jadi inilah dia produk terbaharu Khairul Aming, diinspirasikan daripada rasa tempatan, dibuat menggunakan bahan tempatan, dihasilkan oleh anak tempatan untuk dinikmati satu dunia,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Khairul Aming turut berkongsi bahawa operasi pengeluaran Sambal Nyet kini semakin berkembang apabila dijalankan di tiga buah kilang yang terletak di Kota Bharu, Kelantan.

Beliau memaklumkan ketiga-tiga kilang itu mempunyai kapasiti pengeluaran melebihi 12,000 botol sehari, dengan setiap proses penghasilan melalui kawalan kualiti (QC) yang ketat bagi memastikan produk yang dihasilkan mengekalkan standard yang ditetapkan.

Pada masa sama, beliau turut meluahkan rasa syukur kerana perniagaannya kini berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 100 tenaga kerja tempatan, yang menjadi antara tonggak utama dalam menggerakkan operasi syarikat sejak beberapa tahun lalu.

Bagi jualan pertama, sebanyak 125,000 botol Sambal Nyet Bilis akan ditawarkan kepada orang ramai.

Produk tersebut dijadual dilancarkan secara rasmi menerusi sesi siaran langsung khas di akaun TikTok Khairulaming pada Jumaat, 7 Ogos, jam 9.00 malam.

Kredit: TikTok khairulaming

[fbcomments]