Biasanya bila di penghujung tahun seperti ini ramai orang memilih untuk memohon pekerjaan baru dan mencuba nasib dengan memperbaiki taraf hidup mereka melalui berusaha mencari pekerjaan yang menawarkan pendapatan yang lebih baik atau menukar profession bidang yang diceburi serta mencari suasana tempat bekerja yang lebih baik.
Malangnya suatu perkara yang tidak sihat telah berkembang di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila kedengaran desas-desus bahawa orang Melayu seringkali ditindas di dalam bidang pekerjaan.
Hal ini semakin ketara dan kerap berlaku apabila ramai orang telah mengadu bahawa…
Syarat Fasih Berbahasa Mandarin dalam pekerjaan
Rata-rata syarikat korporat yang beroperasi di Malaysia meletakkan syarat kebolehan bahasa mandarin untuk jawatan penting dalam syarikat mereka.
What!? Kita ni duduk negara China ke sebenarnya? Kalau diorang minta kelayakan seperti SPM, Diploma, Degree dan lain-lain.. Boleh mempertimbangkan lagi. Haih, manalah rakyat marhaen tak marah?
Maka tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa hal yang sedemikian menyebabkan berlakunya “jurang” pendapatan yang ketara di kalangan masyarakat Malaysia apabila orang Cina sekalipun di usia muda sudah berjaya menduduki kerjaya professional dan menjawat posisi penting yang membuahkan pendapatan lumayan berbanding bangsa lain.
Realiti pekerjaan di Malaysia
Seorang pemuda telah meraih perhatian ramai, terutamana generasi muda dengan kostum troll yang dipakainya ketika di acara
Ketika berlangsungnya acara Comic Fiesta 2019 di Kuala Lumpur, seorang pemuda telah meraih perhatian ramai dengan kostum troll yang dipakainya.
Lelaki berkenaan dilihat membawa spanduk dan menulis sebuah mesej yang seakan-akan kena dengan situasi sedang berlaku di Malaysia.
Pemuda yang lebih dikenali sebagai Shere Khan, telah meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya dan realiti yang harus dihadapinya ketika sedang mencari kerja. Malah dijuga percaya, perkara ini turut dialami oleh generasi muda kini terutamanya pada graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian mereka.
Sign yang saya pakai tempoh hari bukan sekadar suka-suka. Saya cuma mahu berkongsi dengan orang ramai realiti sebenar pencari kerja.
Kita pun sudah hampir tahun 2020. Saya kecewa diskriminasi seperti ini masih wujud. Sepatutnya seseorang individu itu dinilai berdasarkan merit, skil bekerja dan bakat; bukan hanya bergantung kepada warna kulit sahaja.
Harus dipandang serius oleh pihak atasan
Fenomena ini bukanlah suatu perkara yang sihat kerana tindakan yang sedemikian akan mewujudkan jurang perkauman yang sangat luas dalam bidang pekerjaan dan menjejaskan perpaduan Negara serta mengugat kesejahteraan Negara di masa hadapan.
Hal seperti ini seharusnya dipandang serius dan juga dibincangkan semula oleh pihak atasan kerana Malaysia negara yang berbilang kaum.
So apa pendapat korang? Pernah tak korang alami situasi seperti ini semasa mencari kerja? Jika ya, bolehlah kongsi tentangnya di ruangan komen.