Baru-baru ini pelakon berhijab, Datin Rebecca Nur Al Islam Ahmad hangat diperkatakan apabila dia ada memuat naik gambarnya memakai rambut palsu berwarna merah di Instagram miliknya.


Tampil berambut merah tanpa tudung

Penampilan beliau itu telah mengejutkan warganet yang rata-rata mengenali dirinya sebagai seorang wanita yang manis berhijab.

Tapi kalau korang perasan, sebenarnya dia ada memakai tudung ‘inner’ hitam di dalam dan rambut merah itu hanya rambut palsu sahaja.

Turut serta dalam game mencari suami

Difahamkan beliau telah menghadiri sebuah majlis hari jadi bertemakan kostum dan dia telah memilih untuk tampil dengan watak superhero Black Widow lengkap dengan rambut palsu.


Bukan sahaja dikecam dengan penampilan tersebut, malah dia turut dikecam kerana turut sama menyertai ‘game’ mencari suami dimana dia turut memuat naik sebuah video dirinya sedang bermain aktiviti tersebut.

Dalam video itu, matanya ditutup sambil menyentuh sedikit pada bahagian wajah beberapa orang lelaki untuk membuat pilihan di antara jejaka-jejaka tersebut, mana satu suaminya yang sebenar.

[fbcomments]