Bapa durjana! Tergamaknya seorang lelaki berusia 42 tahun yang digelar sebagai ayah, yang sepatutnya melindungi keluarga dan anak-anak namun bertindak seperti binatang, sanggup meratah tubuh anak kandungnya berusia 15 tahun berulang kali!
Mahu pulang ke rumah ibu
Perbuatan terkutuk itu terbongkar apabila mangsa bertindak melarikan diri dari rumah dan pergi ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sebelum ditahan polis selepas dia ditemui bersendirian di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur.
Remaja tersebut ditahan kerana tiada Permit Perjalanan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan disoal siasat.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Farouk Eshak berkata, mangsa kemudian menceritakan ingin pulang ke Kuala Nerang, Kedah kerana tidak tahan dengan perbuatan bapa kandungnya.
Hampir setiap minggu kena
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, bapanya merogol mangsa secara berterusan setiap minggu kecuali jika dia datang bulan.
Siasatan awal mendapati mangsa dirogol secara berterusan setiap minggu kecuali ketika mangsa datang bulan tanpa pengetahuan sesiapa…
Difahamkan kegiatan keji itu akan dilakukan bapanya awal pagi ketika kesemua ahli keluarga sedang tidur, agar tiada siapa yang mengetahui perlakuan terkutuk berkenaan.
Cuba bunuh diri
Tertekan dengan perbuatan jijik tersebut, remaja itu turut mengakui pernah beberapa kali cuba membunuh diri dengan meminum cecair pencuci lantai.
Difahamkan, ibu dan bapanya telah bercerai pada 2004 sejurus dia dilahirkan. Namun pada September 2019, bapa kandungnya mendapat hak penjagaan dan membawa mangsa tinggal bersama isteri serta empat anak tiri di rumahnya.
Bertindak atas laporan yang dibuat remaja tersebut, bapanya telah ditahan di rumahnya di kawasan Bukit Antarabangsa, Ampang Jaya .
Pernah rogol adik ipar sendiri
Apa yang mengejutkan, anaknya bukanlah mangsa pertama sebaliknya lelaki itu turut mempunyai rekod jenayah lampau iaitu kes rogol sumbang mahram membabitkan adik iparnya pada 2004.
Semakan mendapati suspek mempunyai rekod satu kes rogol sumbang mahram membabitkan adik iparnya pada 2004, manakala ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suspek didapati negatif dadah…