fbpx

Pasangan beregu campuran China iaitu Huang Yaqiong dan Zheng Siwei, bukan sahaja berjaya meraih pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024, tetapi juga mencipta momen romantis yang menggegarkan La Chapelle Arena, Paris pada malam tadi.

Video di bawah:

https://x.com/369kph/status/1819397631149592947?s=46&t=lOtDPMyIYmtDu_EQulWeUw

Terus Melamar Selepas Habis Perlawanan

Kemenangan pasangan ini menjadi lebih istimewa apabila kekasih Huang Yaqiong, Liu Yuchen, yang juga pemain beregu lelaki China, melamarnya sejurus selepas majlis penyampaian pingat.

Momen yang mengharukan itu dirakam dalam sebuah video yang kini tular di media sosial.

Ketika Yaqiong baru sahaja turun dari podium, Liu Yuchen menghampirinya dengan sejambak bunga.

Dengan penuh kejutan, Yaqiong menerima bunga tersebut, dan Liu Yuchen kemudian melutut sambil mengeluarkan cincin dari poketnya, melamar kekasihnya di hadapan ribuan peminat yang bersorak kegembiraan.

Senyuman lebar menghiasi wajah Yaqiong ketika dia menerima lamaran tersebut, membiarkan Liu Yuchen menyarungkan cincin ke jarinya.

Detik manis ini disambut dengan tepukan gemuruh dan sorakan dari penonton yang menyaksikan momen romantis tersebut.

Para peminat badminton turut berkongsi kegembiraan mereka di media sosial, mengucapkan tahniah dan rasa kagum atas momen istimewa yang menyatukan cinta dan kejayaan dalam satu acara sukan berprestij.

Kredit: X 369 Kph, Olympic.com

 

[fbcomments]