Rumah tangga Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva, dilaporkan telah berakhir selepas beliau sah bercerai dengan isterinya, Eva Noza Zakaria.

Berita perpisahan pasangan ini disahkan sendiri oleh Eva menerusi satu hantaran di TikTok, di mana beliau menyatakan dirinya kini dalam tempoh idah.

Video di bawah:

https://vt.tiktok.com/ZSM3LXTTk/

Abang Viva dan Eva Noza Bawa Haluan Masing-Masing

Eva memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai kenyataan yang telah dimuat naik oleh bekas suaminya di media sosial. Menurutnya, beliau tidak mahu terjerumus dalam sebarang pertikaian, apatah lagi dengan individu yang pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya.

“Saya tidak mahu berbalah mengenai apa yang telah diperkatakan oleh beliau. Saya juga tidak sanggup untuk berkata buruk mengenai seseorang yang pernah saya sayangi, meskipun hubungan kami sudah berakhir,” katanya.

Dalam pada itu, Eva turut memohon ruang untuk menjalani tempoh idah dengan tenang serta memberi fokus sepenuhnya kepada kehidupannya kini, termasuk anak-anak. Beliau juga menyatakan keinginannya untuk tidak lagi dikaitkan dengan sebarang kontroversi.

Sementara itu, Abang Viva dalam satu hantaran yang kini telah dipadam, turut mengesahkan bahawa mereka telah bercerai. Beliau menyatakan bahawa keputusan itu bukan bertujuan untuk mencari salah sesiapa, sebaliknya hanya ingin menjelaskan keadaan sebenar selepas pelbagai spekulasi timbul.

“Maaf untuk apa yang terjadi. Bukan niat mencari salah, bukan juga untuk membuka aib tapi sekadar untuk memberi rasa apa yang saya hadap atas satu kesilapan yang saya buat.

“Sehingga saya dan keluarga teruk dihina, dicaci dari pelbagai pihak tanpa mengetahui apa yang sebenarnya terjadi.

“Terlalu penat pendam, sabar dan hadap dengan kritikan yang bagai tiada penghujung. Tujuan saya hanyalah satu untuk membersihkan nama keluarga serta mak ayah.. maaf sekali lagi,” luahnya.

Untuk rekod, Abang Viva dan Eva Noza mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober tahun lalu. Bagaimanapun, sekitar April 2023, Eva dilaporkan mengalami keguguran.

Kredit: TikTok evanozadsini2

 

 

 

[fbcomments]